Borang pesanan

Wednesday 17 August 2016

Pengenalan Diri


Pengenalan Diri

Text : Mazziah bt Md Yusuf
Gambar :Mazziah bt Md Yusuf

Segala puji-pujian kehadrat Allah Ilahi tuhan pencipta sekelian alam.Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW ,keluarga baginda,para sahabat,para ulama serta saudara saudari sekalian.

Tidak pernah saya lupa walau sedetik al fatihah untuk abah arwah emak tercinta ,suami serta adik-adik kesayangan saya 
serta seluruh ahli keluarga saya.Al fatihah untuk arwah emak semoga emak damai di sana.Berehat la wahai ibuku semoga Allah melapangkan kuburmu dengan seluas-luas pandangan terangnya cahaya umpama rembulan tiada lagi panas terik..hanya doaku iringi semoga emak berehat di taman - taman syurga di iringi badadari amin.

Pertama kalinya ingin memperkenalkan biodata diri saya.Saya Mazziah bt Md yusuf anak sulung dari 4 adik beradik.Lahir pada 28 Mac 1981.Mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas Segantang Garam Kedah,seterusnya bersekolah darjah 1 hingga darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Sultan Mudzaffar Shah Kampung Bujang Kedah.Seterusnya bersekolah di Sekolah Menengah Agama Sungai Petani bermula  dari tingkatan 1 hingga Tingkatan 4.Tingkatan 5 dan 6 rendah berpindah ke Sekolah Menengah Agama An Nahdzah Bukit Besar Alor setar Kedah.
Oleh kerana peperiksaan tidak memuaskan sebabnya saya demam campak 1 bulan tidak hadir kesekolah.Demam agak teruk menggigil 1 badan sakit urat dengan penuh biji campak yang besar - besar.Banyak pelajaran tercicir .Oleh itu dengan yakin mengambil peperiksaan ulangan pada tahun 2000 di sekolah Wawasan yang terletak di Sungai Petani.Seterusnya melanjutkan pelajaran di Kolej swasta bahagian Diploma Kejuruteraan komputer .
Selepas tamat pengajian saya tolong emak abah berniaga di kedai keluarga sendiri.Arwah emak berniaga nasi lemak dan jualan kuih - muih serta abah menyediakan minuman .
Melangkah setapak lagi kerana minat yang mendalam selok- belok perniagaan mencuba pula kerja di kedai jualan baju kain pasang dan tudung bawal milik warga kemboja dan dari situ belajar juga selok- belok berniaga pakaian selama 5 tahun.
Menimba lagi ilmu bekerja sebagai minah kilang kononnya hendak tambah pengalaman.Pengalaman yang berbeza lain tempat lain caranya lain pula pengalamannya.Setahun juga bekerja mencuba nasib sebagai guru tadika pula.Memang seronok di kelilingi dengan anak-anak kecil yang seribu 1 perangai yang berbeza.Dengan hanya mengajar tanpa guru pengiring dengan murid yang seramai 40 orang alhamdulillah setahun 3 bulan juga bergelar guru walaupun hanya guru tadika.Banyak kenangan tersurat tersirat yang membuatkan saya tersenyum bila terkenangkan kerjaya sebagai guru tadika.Salah satunya terpaksa memujuk seorang murid selama sebulan kerana tidak mahu kesekolah.setiap hari bawa umpan gula-gula nak pujuk,nak lembutkan hati anak-anak murid tercabar juga .Itulah kenangan   😍😍😍😘😘😘.
Setelah bertemu jodoh dengan suami saya nekat berhenti kerja kononnya hendak mencuba nasib memohon cawangan tadika berdekatan dengan tempat kerja suami di Lumut tetapi tiada rezeki .Tiada kekosongan maka akhirnya menjadi suri hidup suami sepanjang masa iaitu surirumah sahaja sampai sekarang.
Surirumah mendidik anak-anak sambil berniaga dari rumah.Antara barangan yang pernah saya jual baju muslimah,stokin mesir dan yang terkini Qaseh Gold.
Entri seterusnya akan menyusul.Sabar menanti saya akan kongsikan insyallah

No comments:

Post a Comment