Borang pesanan

Saturday 20 August 2016

Waktu Yang Berkualiti






Text:Mazziah bt Md Yusuf
Gambar:Mazziah bt Md Yusuf





Menikmati keindahan ciptaan ilahi.Melihat 
mentari jingga kian melabuhkan tirai .Siang 
silih berganti malam.Adakah masih ada waktu untuk hari esok.Ya Allah semoga keberkatan nikmat hidup yang Engkau berikan tidak akan aku sia-siakan.Rahmatilah hidup hamba - hambamu yang serba kekurangan ini.







Petang yang mendamaikan melihat ciptaan anugerah Allah .Pencipta kejadian alam yang cukup indah tidak jemu mata untuk memandang.Subhanallah


























Friday 19 August 2016

QASEH GOLD KEKANDA


📰Qaseh Gold Kekanda

Text:Mazziah bt Md Yusuf
Gambar:Mazziah bt Md Yusuf

📖Terdapat 15 kandungan terhebat seperti:

✔kurma  ✔madu   ✔tiin   ✔zaitun  ✔delima  ✔za'faran ✔habbatusauda
✔air zam-zam  ✔gam arab ✔gingko biloba  ✔sireh  ✔guarana ✔ashwaganda  ✔tribulus  ✔garam bukit

📖Qaseh Gold Kekanda berfungsi untuk :

 ✔Memudahkan pengambilan makanan sunnah harian

✔Menambah tenaga dalaman dan luaran

✔Mencergaskan minda

✔Membuang toksin

✔Melancarkan penyerapan dan perkumuhan

✔Menongkatkan sistem imun

✔Memperbaiki perjalanan darah dan sistem saraf

✔Mempercepatkan penyembuhan

✔Menstabilkan emosi

✔Tidur yang berkualiti

✔Membantu melegakan gout,gastrik resdung,sembelit dan migrain

✔Membantu meningkatkan libido

📖Qaseh gold kekanda khas untuk

✔suami/bapa

✔Banyak menggunakan tenaga fizikal

✔Banyak menggunakan tenaga minda

✔Pasangan yang berikhtiar/berusaha mendapat zuriat

✔Penuntut kolej/universiti

✔Remaja

















KURMA

   Kurma

Text:Mazziah bt Md Yusuf
Gambar:Mazziah bt Md Yusuf

                         
Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kurma

7 perkara:-

1)Merawat penyakit

2) Mengubati gangguan usus

3) Penguat memori


4)Paling pantas di proses dan diserapvsekaligus memberi tenaga segera

5)Kaya dengan serat dan potasium


6)Penawar racun


7)Baik untuk wanita mengandung/bersalin


Tonik Rambut


TONIK RAMBUT

Text: Mazziah bt Md Yusuf
Gambar: Mazziah bt Md Yusuf

Dirumus khas dengan minyak zaitun untuk:

✔rambut yang lebat dan sihat serta kulit kepala yang bebas dari kegatalan.

 ✔Meninggalkan bau wangi di rambut anda. Juga sesuai digunakan untuk bayi. 

✔Tiada rasa melekit. 

✔Sesuai untuk kegunaan harian.

✔Lumurkan rata ke kulit kepala dan rambut ketika rambut masih lembap dan urutkan perlahan untuk melancar aliran darah di kepala.

Thursday 18 August 2016

Kenangan abadi


Penawar Suka Duka
Text: Mazziah bt Md Yusuf
Gambar: Mazziah bt Md Yusuf
Bersyukur kehadrat Ilahi ,dengan izin yang Maha Esa dapat melihat alam maya yang terbentang indah...
Ayah dan ibu...ayah dan ibu  🎼🎼🎼🎶🎶 itulah permulaan kami...dapat melihat bulan dan matahari...sila sambung kerangkap yang seterusnya sehingga ke akhir nyanyian.Alangkah sedih sayu hiba bila berkumandang lagu ini.Terkenang kenangan kita bersama ayahanda dan bonda tersayang.
Kita semua ada emak dan abah @ayah,mama dan papa,baba dan umi .Semua panggilan terletak pada 1 maksud yang sama.
Owhhh...rindunya...
Tidak tergambar rindunya pada emak abah.Pada yang telah kembali kerahmatullah Al fatihah dan doa sebagai pengiring.Semoga ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.
Sedekahkan untuk setiap hari ayat-ayat suci Al quran.Insyallah doa-doa anak yang soleh dan solehah pasti akan termakbul doanya.
Al fatihah juga untuk arwah bondaku tersayang Zainah Shaari yang kembali kerahmatullah pada 21 Oktober 2015 bersamaan 8 Muharam 1437H.Allah lebih menyayangi dengan asbab penyakit barah usus.
Buat ayahanda sabarlah . Takdir Allah sangat indah.Ketua bidadari akan menantimu digerbang syurga.Tabahlah

Keluarga besar maz . Air di cincang tidak akan putus.

Titik peluh tempat mencari rezeki



Arwah bonda tercinta

Abah tersayang

Wednesday 17 August 2016

Pengenalan Diri


Pengenalan Diri

Text : Mazziah bt Md Yusuf
Gambar :Mazziah bt Md Yusuf

Segala puji-pujian kehadrat Allah Ilahi tuhan pencipta sekelian alam.Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW ,keluarga baginda,para sahabat,para ulama serta saudara saudari sekalian.

Tidak pernah saya lupa walau sedetik al fatihah untuk abah arwah emak tercinta ,suami serta adik-adik kesayangan saya 
serta seluruh ahli keluarga saya.Al fatihah untuk arwah emak semoga emak damai di sana.Berehat la wahai ibuku semoga Allah melapangkan kuburmu dengan seluas-luas pandangan terangnya cahaya umpama rembulan tiada lagi panas terik..hanya doaku iringi semoga emak berehat di taman - taman syurga di iringi badadari amin.

Pertama kalinya ingin memperkenalkan biodata diri saya.Saya Mazziah bt Md yusuf anak sulung dari 4 adik beradik.Lahir pada 28 Mac 1981.Mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas Segantang Garam Kedah,seterusnya bersekolah darjah 1 hingga darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Sultan Mudzaffar Shah Kampung Bujang Kedah.Seterusnya bersekolah di Sekolah Menengah Agama Sungai Petani bermula  dari tingkatan 1 hingga Tingkatan 4.Tingkatan 5 dan 6 rendah berpindah ke Sekolah Menengah Agama An Nahdzah Bukit Besar Alor setar Kedah.
Oleh kerana peperiksaan tidak memuaskan sebabnya saya demam campak 1 bulan tidak hadir kesekolah.Demam agak teruk menggigil 1 badan sakit urat dengan penuh biji campak yang besar - besar.Banyak pelajaran tercicir .Oleh itu dengan yakin mengambil peperiksaan ulangan pada tahun 2000 di sekolah Wawasan yang terletak di Sungai Petani.Seterusnya melanjutkan pelajaran di Kolej swasta bahagian Diploma Kejuruteraan komputer .
Selepas tamat pengajian saya tolong emak abah berniaga di kedai keluarga sendiri.Arwah emak berniaga nasi lemak dan jualan kuih - muih serta abah menyediakan minuman .
Melangkah setapak lagi kerana minat yang mendalam selok- belok perniagaan mencuba pula kerja di kedai jualan baju kain pasang dan tudung bawal milik warga kemboja dan dari situ belajar juga selok- belok berniaga pakaian selama 5 tahun.
Menimba lagi ilmu bekerja sebagai minah kilang kononnya hendak tambah pengalaman.Pengalaman yang berbeza lain tempat lain caranya lain pula pengalamannya.Setahun juga bekerja mencuba nasib sebagai guru tadika pula.Memang seronok di kelilingi dengan anak-anak kecil yang seribu 1 perangai yang berbeza.Dengan hanya mengajar tanpa guru pengiring dengan murid yang seramai 40 orang alhamdulillah setahun 3 bulan juga bergelar guru walaupun hanya guru tadika.Banyak kenangan tersurat tersirat yang membuatkan saya tersenyum bila terkenangkan kerjaya sebagai guru tadika.Salah satunya terpaksa memujuk seorang murid selama sebulan kerana tidak mahu kesekolah.setiap hari bawa umpan gula-gula nak pujuk,nak lembutkan hati anak-anak murid tercabar juga .Itulah kenangan   😍😍😍😘😘😘.
Setelah bertemu jodoh dengan suami saya nekat berhenti kerja kononnya hendak mencuba nasib memohon cawangan tadika berdekatan dengan tempat kerja suami di Lumut tetapi tiada rezeki .Tiada kekosongan maka akhirnya menjadi suri hidup suami sepanjang masa iaitu surirumah sahaja sampai sekarang.
Surirumah mendidik anak-anak sambil berniaga dari rumah.Antara barangan yang pernah saya jual baju muslimah,stokin mesir dan yang terkini Qaseh Gold.
Entri seterusnya akan menyusul.Sabar menanti saya akan kongsikan insyallah

Qaseh Gold Adinda


Monday,15 August 2016

Qaseh Gold Adinda

Text:Mazziah bt Md Yusuf
Gambar: Mazziah bt Md Yusuf

Qaseh Gold Adinda adalah gabungan unit makanan sunnah yang hebat seperti:
✔kurma  ✔madu  ✔habbatussauda  ✔delima  ✔buah tiin  ✔za'faran✔air zam-zam  ✔minyak zaitun  ✔gingko dan sireh.

Serta gabungan herba terpilih khas untuk wanita seperti :
✔passiiflora ✔pegaga  ✔manjakani  ✔gam arab(yang bertindak sebagai PREBIOTIK semulajadi)

Qaseh Adinda sangat membantu membekalkan tenaga  kepada tubuh badan dengan tenaga nutrien dan zat penting untuk kekal cergas dan sihat sepanjang hari.

Selain itu,Qaseh Adinda dapat mengatasi pelbagai jenis masalah kewanitaan dan sangat baik untuk ibu-ibu di luar sana.


Khasiat Qaseh Gold Adinda
...................................................

👉Membekalkan tenaga luaran dan dalaman
👉Menstabilkan hormon
👉Mengatasi Masalah keputihan
👉Mengatasi haid tidak teratur
👉Mengatasi masalah senggugut
👉Awet muda
👉Menaikkan seri wajah
👉Mengurangkan stress dan migrain
👉Meningkatkan stamina
👉Mengandungi THYTOPHAN yang membantu menstabilkan mood dan emosi
👉Mencergaskan minda
👉Mengawal tekanan darah
👉Membantu proses baik pulih sel untuk kesihatan optima
👉Mempercepatkan penyembuhan luka
👉Meninkatkan keintiman suami isteri
👉ikhtiar zuriat
👉Baik untuk ibu mengandung _membantu tumbesaran bayi dalam kandungan dan membekalkan zat kepada bayi.

   _mengatasi masalah ibu mengandung seperti   ✔alahan/mabuk  ✔Hb rendah  ✔kejang kaki  ✔kurang selera makan

   _menyokong penyusuan ibu - meransang susu lebih banyak dan berkhasiat


Cara Pengambilan Qaseh Adinda
..............................................................

1) 2@3 sudu sebelum sarapan(dalam kedaan perut kosong) dan 2@3 sudu sebelum tidur pada waktu malam

2) Guna sudu plastik @ kaca kerana di dalam qaseh adinda terdapat kandungan 'madu' bagi mengekalkan khasiat madu tersebut.

3) Sila pastikan anda meminum air kosong sekurang - kurangnya 8 gelas bagi tujuan menyingkirkan toksin dalam badan dan mempercepatkan kadar penyerapan qaseh adinda dalam badan.

4)Istiqhomah doa dan yakin..pertama lafaz mulakan dengan بسم الله الرحمن الر حيم
dan berselawat ke atas Nabi Muhammad Saw beserta dengan niat .

5) Sekiranya sudah makan pagi pasti anda jarakkan 30-45 minit sebelum makan qaseh
  -Makan  Qaseh  20-30minit sebelum tidur bersama air 1 gelas.Adalah yang terbaik jika di minum bersama titisan mineral kristal sole.


*Ini lah makanan harian maz pagi dan malam sebelum tidur. Jom amalkan makanan sunnah.Maz yakin jika sudah mengenali makanan sunnah qaseh gold anda pasti jatuh cinta.




















Aktiviti Bersama Keluarga


Sunday ,14 August 2016

Text:Mazziah bt Md Yusuf
Gambar:Mazziah bt Md Yusuf


Aktiviti riadah bersama anak-anak  di hari minggu.Suka sangat kalau dengar hari minggu...ada sahaja permintaan tempat yang hendak di tuju . Siap ada jadual dalam kotak fikiran anak -anak #qasehjunior ni minggu ini hala tuju ke mana? Anak oh anak .Bermainlah sepuasnya..zaman kanak-kanak tidak akan berulang kembali.
Setelah seminggu belajar hari minggu bagi stamina sikit kasi cergas ....yeeee haa